lihat tu itulah arwah ibu saya yang amat dikasihi... :)
semua orang pasti ada ibu kan?? tak kira lah apa jua panggilan kepada mereka seperti ibu,mama,mak,umi,bonda yang penting mereka yg melahirkan kita ke dunia.. tanpa mereka siapalah kita pada hari ni kan??
begitu juga dengan saya,saya pon ada seorang ibu... ibu saya sangat memahami dan baik.. ibu tak akan ada pengganti hanya dialah seorang bidadari yang mampu menjaga kita dari kecil hingga ke dewasa tanpa mengeluh,.. menjaga makn minum kita pakaian kita..dia tak pernah membiarkan anaknya kelaparan..
pada 22.12.2013 tidak akan saya lupakan tarikh ini kerana dimana saya kehilangan seorang ibu yang amat dikasihi dan disayangi..saya tidak menyangka ibu saya akan meninggalkan saya dengan begitu cepat sekali..namun apakan daya itu semua sudah ditakdirkan oleh allah s.w.t..... benar kata abah ibu saya adalah ibu yang hebat.. kerana ibu mampu melahirkan 5 orang anak.. 3 orang puteri dan 3 orang putera.. anak-anaknya semua cukup sifat... walaupun ibu terpaksa menahan sakit untuk melahirkan kami..
ibu saya sakit, sakit kanser payudara.. hampir setahun dia menahan kesakitan yang teramat..tidak dapat saya menggambarkan bagaimana ibu setiap hari mengeluh kesakitan tetapi ibu tidak berputus asa kerana ibu mahu melihat anak-anaknya berjaya di hadapan mata ibu sendiri... tetapi ajal dan pertemuan semua di tangan tuhan kita hanya mampu bertawakal sahaja..
ibu,
tiada seorang pun yang mampu menggantikan tempat ibu... kakak dan adik-adik dah berasa puas menjaga ibu semasa ibu sakit dan semasa ibu terlantar tidak mampu berdiri.. kami sudah puas memandikan ibu semasa ibu hidup sehingga lah semasa memandikan jasad ibu.. kami tidak akan pernah sesekali melupakan jasamu.. ibu tidak pernah mengeluh untuk membesarkan kami semua.. kami semua sentiasa menyayangi ibu... kini kami hanya ada seorang abah yg sangat memahami kami.. abab pon seorang yang cekal,dia tidak pernah tunjukkan rasa sedihnya di hadapan kami..kerana abah mahu membesarkan anak-anaknya walaupun kehilangan seorang isteri yang amat dikasihi..... kami 5 beradik kehilangan seorang ibu yang baik, tetapi kami tidak pernah rasa kehilangan ibu kerana kasih sayang ibu sentiasa ada bersama kami semua...
ingatlah,yang masih ada ibu tu ..jagalah ibu korang semua baik-baik sementara nyawa ibu korang masih di kandung badan apabila sudah dicabut nyawa sudah tidak berguna lagi... buatlah baik kepada ibu korang semua.... jangan melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan hati ibu korang terguris kerana syurga di bawah telapak kaki ibu...
kepada ibu, kakak dan adik-adik mendoakan ibu ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman amin... AL-FATIHAH..