-->

Selasa, 3 Disember 2013

erti seorang kawan...

          hye assalammualaikum.. :)
  :) korang semua sehat?? ni coretan zati yang ke-2 pulak... :) haa kali ni zati  nk citer plak pasal KAWAN..
                korang semua mesti ade kawan kan?? tak kisah la kawan baik ke kawan biasa-biasa ke. yang penting kawan korang..... zati ramai kawan.. kawan-kawan zati semua baik-baik.. tak ada seorang pon yang sombong... ade la sikit yang sombong hehe. :)
                     kawan tu macam apa ya?? kawan itu bukanlah terdiri antara kalangan adik-beradik tetapi .... kawan adalah seorang yang setia, boleh membantu apabila senang atau susah.. bukan la bila kawan tu senang dia bukan main lagi baiknya.. tapi bila kawan tu susah ya allah batang hidung pun susah nak nampak... hmmm zati harap zati tak ada kawan yang macam tu... alhamdulillah kawan-kawan zati semua suka tolong-menolong betul kan??
                    Kawan ni  tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Kawan adalah orang yang membuatkan kita berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Kawan adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.....kawan-kawan ni kadangkala penjaga ,pelindung ataupun semangat untuk kita bila mereka bersama kita.. :)
                 Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus....
                
Ada kawan yang rapat, ada pula kawan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.
      kalau korang nak tengok kawan korang tu hargai korang,korang pon kena hargai dia jugak.. barulah ikatan PERSAHABATAN korang kekal sampai bila-bila.. :)
        jangan sakitkan hati kawan kita tu seperti mengata dia, melebalkan dia dengan pelbagai panggilan yang kurang menyenangkan dan macam-macam lagi...
     haaa sampai sini je la post zati kali ni so harap korang semua tehibur ye.. :) ingat ye kawan-kawan semua hargai sebuah persahabatan kerana persahabatan ni tidak ternilai harganya berbanding mutiara,emas,berlian... dan kawan-kawan tidak boleh dijual beli.. :)

Jumaat, 29 November 2013

warkah seorang ayah

                                   assalammualaikum.... 
       
     wahai anak-anakku.. dengarlah dan hayatilah warkah dari seorang abah kepada anaknya... 
         wahai anakku adakah kau masih ingat akan abahmu ini? ya,abahmu yang tua dan makin uzur ini... abahmu yang tidak berdaya lagi untuk berdiri kerana pelbagai penyakit yang bersarang di dalam tubuh abahmu ini. abah sudah tidak larat lagi untuk mengejar kau lagi apabila engkau berlari..abah tidak berdaya lagi untuk mencari wang sendiri abah cuma mengharapkan kau seorang supaya membantu abah.. 
         abah ingat lagi satu peristiwa dahulu mungkin peristiwa tersebut tidak akan hilang dari ingatan abahmu ini..pada suatu malam kau mahu keluar bersama rakan-rakan kau.. abah menyakan kau kemana kau hendak pergi tetapi jawapan yang keluar dari mulut kau adalah ''diamlah orang tua! bukan urusan kau aku nak kemana pun.... seingat abah,abah tidak pernah mengajar kau menjadi biadap begitu tetapi  abah diamkan diri kerana abah seorang yang tabah ... abah tahu anak abah ini  tidak  sengaja menjawab begitu.... tetapi sikap kau makin berubah kau sanggup memukul abahmu ini kerana kau mahukan wang sedangkan abah tidak mempunyai wang ... kau pukul sehingga badan abahmu ini berdarah dan lebam tetapi abah berdiam diri sahaja kerana abah cukup tabah dan kuat untuk mengharungi semua ini...
dahulu abah kehilangan ibumu, abah tidak mahu kehilangan kau pula kerana abah amat meyayangi kau.... abah harap kau dapat membantu abah kerana abah sudah tidak berdaya lagi.. tetapi inikah balasan kau kepada abah?? abah tidak mahu dipukul,disepak oleh kau.. abah tidak mahu semua ini tetapi abah mahu kau memberi abah kasih sayang sebagai seorang anak kepada seorang bapa... abah mahu skau melayan abah dengan baik seperti anak-anak orang lain melayan bapa mereka... 
   wahai anakku ketahuilah bahawa abahmu ini sudah memaafkan kau... mungkin ajal abah akan tiba bila-bila masa sahaja.. itu semua sudah tertulis dan allah yang tentukan ... abah tua dan uzur ini mengitung hari sahaja untuk pergi meninggalkan kau dan bumi ini ...
abah tahu kau seorang anak yang baik... abah berharap sangat kau akan berubah .... abah harap kau meninggalkan benda-benda yang boleh menyesatkan kau da abah mendoakan kau supaya kembali ke pangkal jalan... amin....
     



 ^&&^ : hye korang semoga korang tehibur lepas membaca post zati ni... :) ingatlah kawan-kawan semua, ibu dan ayah tiada pengganti.. .. jadi sayangi dan hormatilah mereka kerana apabila mereka sudah tiada... kita tidak boleh cari di kedai untuk beli yang baru... ;)